Thursday, August 30, 2007

puding jagung

bahan - bahan
  • 5 tongkol jagung manis - hiris nipis untuk ambil jagung nyer je
  • Satu kotak santan
  • Satu tin susu cair
  • Daun pandan
  • Sagu - di masak siap
  • Gula - sesedap rasa
  • Air - ikut suka le byk mana....nak cair ke nak pekat.

cara membuat

  • Rebus jagung yang dihiris nipis2 tu hingga masak. Letak air ye.
  • Kat periuk lain masak sagu.
  • Masukkan santan, susu cair, air, daun pandan ke dalam periuk jagung (bila dah masak).
  • Masak semua tu.........bila sagu dah masak cantik....masukkan sagu dalam periuk jagung jugak.
  • Bila dah mendidih...masukkan gula....pas tu rasa le.

ikan masam manis

bahan - bahan
  • 300 g kepingan ikan
  • 5 g halia, dihiris
  • 10 g bawang putih, ditumbuk
  • 40 g bawang besar, dipotong kiub
  • 100 g (1/2 saiz sederhana) timun, dibuang kulit dan dipotong kiub
  • 50 g (1/2 saiz sederhana) sayur lada merah, dipotong kiub
  • 50 g (1/2 saiz sederhana) sayur lada hijau, dipotong kiub
  • 100 g (1 ulas) nenas, dipotong kiub
  • 20 g (2 sudu teh) minyak sayuran

KUAH

  • 20 g (4 sudu teh) gula
  • 35 g (3½ sudu makan) cuka
  • 70 g (7 sudu makan) sos tomato
  • 20 g (2 sudu makan) sos cili
  • 10 g (2 sudu teh) kicap cair
  • 30 ml (1½ sudu makan) air

cara membuat

  • Didalam kuali, panaskan 10 g minyak dan goreng ikan. Ketepikan ikan.
  • Gunakan minyak yang selebihnya dan tumis halia dan bawang putih selama 2 minit.
  • Masukkan bawang, timun, sayur lada merah dan hijau, masak selama 2-3 minit.
  • Masukkan ikan dan nenas ke dalam sayur. Kacau rata dan sendukkan ke piring hidangan.
  • Untuk menghidangkan, taburkan sos ke atas dan hidangkan dengan nasi.
  • Untuk membuat sosDi dalam pan, didihkan gula dan cuka. Masukkan sos tomato, sos cili, kicap cair dan air. Masak selama 5 minit sebelum dituang ke atas ikan.

Untuk Kuah

  • Untuk membuat sosDi dalam pan, didihkan gula dan cuka.
  • Masukkan sos tomato, sos cili, kicap cair dan air.
  • Masak selama 5 minit sebelum dituang ke atas ikan.

puteri mandi

bahan - bahan
  • 125 g (1 cawan) tepung pulutLebih kurang
  • 110 ml (1/2 cawan) air, untuk membancuh tepung pulut
  • 80 g (3/4 cawan) kelapa muda parut
  • 50 g (1/2 cawan) gula anau, dipotong kasar-kasar
  • 125 ml (1/2 cawan) air kelapa muda
  • 5 g (1 helai) daun pandan
  • Sedikit garam

cara membuat

  • Uli tepung pulut dengan 1/2 cawan air dan sedikit garam.
  • Gentel tepung yang telah diuli sebesar guli dan leperkan dengan ibu jari. Aturkan di dalam bekas dan ketepikan.
  • Didihkan 2 - 3 cawan air di dalam periuk. Masukkan tepung yang telah digentel.
  • Apabila tepung telah terapung, angkat dengan penapis dan rendam sebentar di dalam air sejuk. Toskan.
  • Masak gula anau dengan air kelapa muda. Apabila gula telah larut, masukkan kelapa muda parut dan daun pandan. Biarkan sehingga agak pekat.
  • Masukkan tepung yang telah ditos tadi. Kacau sehingga tepung dan kelapa bercampur rata.
  • Angkat dan hidangkan.

pasembor

bahan - bahan
  • 250 g (1 biji) timun, dipotong memanjang
  • 300 g (1 biji sederhana) sengkuang, dipotong memanjang
  • 100 g (6 pokok) kangkong, dicelur dan dipotong
  • 140 g (1 biji) ubi kentang, direbus dan dipotong dadu
  • 200 g (1 keping) tawkua, dibakar dan dipotong nipis
  • 250 g sotong basah, dicelur dan dipotong
  • 60 g (1 biji) telur rebus, dipotong dua
  • 30 g (3 biji) bebola ikan, dicelur dan dipotong empat

sos kacang

  • 30 g (3 ulas) bawang merah
  • 90 g (1 biji) bawang besar
  • 5 g (2 ulas) bawang putih dikisar halus dengan 1/2 cawan air
  • 10 g (2.5 sm) lengkuas
  • 20 g (1 batang) serai
  • 3 g (3 tangkai) cili kering
  • 25 g (1/2 cawan) kacang tanah tumbuk, kacang tanah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus
  • 250 ml (1 cawan) air
  • 30 g (1 sudu makan) perahan asam jawa
  • 5 g (1 sudu teh) gula merah
  • 5 g (1 sudu teh) gula
  • 5 g (1 sudu teh) garam

cara membuat (sos kacang)

  • Jerang air.
  • Apabila hampir mendidih, masukkan semua bahan yang telah dikisar.
  • Apabila bahan mendidih, masukkan pula kacang tumbuk dan kacau hingga sebati.
  • Masukkan perahan asam jawa, garam dan gula.
  • Masak pada api perlahan sehingga sos kacang menjadi pekat.
  • Hidangkan bersama bahan-bahan di atas.

solok lada

bahan - bahan
  • 190 g (10 biji) 5 biji cili hijau + 5 biji cili merah
  • 200 g (3 ekor) ikan selayang (mentah), dibuang kulit dan dikikis dengan garfu
  • 40 g (8 ulas) bawang merah dimayang halus
  • 2 g (2 sm) halia
  • 30 g (1 cawan) isi kelapa parut (putih sahaja)
  • 5 g (1 sudu teh) gula
  • 5 g (1 sudu teh) garam

cara membuat

  • Bersihkan cili tanpa dibuangkan tangkai­nya.
  • Kemudian belah memanjang dari pangkal tangkai hingga 3/4 sahaja, jangan sampai putus untuk menyumbat intinya. Keluarkan biji.
  • Bawang merah dan halia digaul bersama isi ikan, kelapa parut, garam dan gula.
  • Tumbuk bahan tersebut hingga betul-betul lumat. Gaulkan hingga sebati.
  • Sumbatkan pes isi ikan tadi ke dalam cili yang telah siap dibelah dan kukus hingga masak.
  • Isi ikan perlu disumbat dengan padat.

Wednesday, August 29, 2007

nasi dagang

bahan - bahan

  • 1 kg beras merah (beras nasi dagang)
  • 250 g (1 cawan) kelapa parut
  • 100 g (2/3 cawan) susu tepung rendah lemak
  • bahan - bahan A
  • 100 g (10 ulas) bawang merah, dimayang
  • 10 g (2 sm) halia, dihiris nipis dan halus
  • 10 g (2 sudu teh) garam
  • 10 g (2 sudu teh) gula
  • 15 g (3 sudu teh) halba

cara membuat

  • Rendam beras selama 2 hingga 3 jam.
  • Toskan airnya dan kukus sehingga masak.
  • Perah kelapa parut bersama air untuk mendapatkan 1 gelas santan pekat dan 1 gelas santan cair.
  • Bancuh susu tepung rendah lemak ke dalam santan cair.
  • Angkat kukusan berisi nasi dan gaulkan nasi bersama bahan-bahan (A) dan santan sehingga rata.
  • Kukus kembali nasi sehingga kukusan berwap.
  • Angkat dan hidangkan bersama lauk.

ACAR TIMUN

bahan - bahan

  • 500 g (2 biji kecil) timun
  • 150 g (1 biji) lobak merah
  • 120 g (2 biji) bawang besar
  • 20 g (2 ulas) bawang merah
  • 50 g (5 sudu makan) cuka
  • 60 g (3 biji) cili merah
  • 5 g (1 sudu teh) gula
  • 3 g (1/2 sudu teh) garam

cara membuat

  • Timun dibuang kulit dan dipotong nipis-nipis.
  • Lobak merah dihiris halus (memanjang) atau diparut.
  • Bawang besar, bawang merah dan cili dimayang halus.
  • Gaul kesemua sayur-sayuran di atas ber­sama cuka, gula dan garam.
  • Hidangkan bersama nasi dagang.